Tulaihah Al-Asadi Dari Penentang Jadi Pembela
Berarak siaga menuju Perang
Demi Islam kami berjuang
Biar Syahid atau menang
Selepas kemangkatan junjungan mulia Nabi Muhammad SAW,muncul puak puak yang murtad dari Agama Islam.Bukan itu sahaja,malah mereka mengisytiharkan mereka tidak mahu membayar zakat lagi.
Pengganti Rasulullah SAW iaitu Saidina Abu Bakar RAH mengetahui hal itu mengisytiharkan perang melawan mereka.Tidak cukup dengan puak tidak mahu membayar zakat,ada pula diantara mereka yang mengaku sebagai Nabi selepas Nabi Muhammad SAW.
Diantara yang mengaku menjadi Nabi di Yamamah ialah Musailamah Al-Kazzab.Bagi kabilah Bani Asad pula Tulaihah Al-Asadi dan di Yaman pula Aswad Al-Ansi.Khalifah Saidina Abu Bakar RAH membentuk 11 pasukan untuk membasmi puak penentang ini.Operasi ini dinamakan Operasi Riddah.
Saidina Khalid Al-Walid RAH dipilih menuju ke Kabilah Bani Asad untuk membasmi gerakan yang dibawa oleh Tulaihah Al-Asadi.Pasukan Muslimin disambut dengan pasukan Bani Asad yang dipimpin oleh Uyaynah Bin Hisn.
Maka bertemulah dua pasukan di medan Buzakha.Seperti biasa panglima Saidina Khalid Al-Walid RAH menawarkan jalan keluar dari peperangan iaitu berbaiah kepada Saidina Abu Bakar RAH dan bertaubat dari kesilapannya.
Namun,Tulaihah enggan melakukan demikian.Maka tercetuslah pertempuran yang dahsyat diantara kedua belah pihak.Umum mengetahui kehebatan panglima Khalid Al-Walid RAH mengatur strategi perang.Dan kemenangan menjadi milik pasukan Islam.
Tulaihah Al-Asadi lari dari medan perang tanpa melihat keadaan pasukannya.
Namun,hidayah milik Allah Azza Wajalla.Beberapa tahun kemudian,Tulaihah Al-Asadi pergi ke Madinah dan bertaubat dihadapan Khalifah Saidina Umar RAH.
Untuk memaafkan dirinya dari perbuatan yang lalu,dia memutuskan untuk bersama dengan pasukan Muslimin dalam ekspedisi ke Parsi.Dikatakan beliau akhirnya syahid di medan perang Nahawand di Parsi.
Comments
Post a Comment