Reaksi Suhail Bin Amru Melihat Penduduk Mekah Ingin Murtad
Setelah wafatnya Rasulullah SAW,ada dikalangan kaum Muslimin yang baru sahaja memeluk Agama Islam ingin murtad (keluar dari Agama Islam).
Perbuatan ini telah menjalar keseluruh pelusuk tanah Arab.Bahkan ada juga yang mengaku mereka sebagai penerus Nubuwwah daripada Nabi Muhammad SAW.Di kota Mekah,kebanyakkan penduduknya ingin murtad dari agama Islam.
Maka,bangunlah Suhail bin Amru di tengah tengah kaumnya seraya berucap.Beliau memulakan ucapannya dengan memuji Allah SWT dan menyebutkan perihal wafatnya Nabi SAW.Lalu beliau berkata dengan nada yang tegas “Barangsiapa kami curigai keluar dari Agama ini akan aku penggal kepalanya!”
Itab bin Usaid muncul selepas mendengar ucapan Suhail bin Amru seraya berkata “Barangkali inilah yang dimaksud oleh Rasulullah SAW ketika Sayyidina Umar RAH ingin menanggalkan gigi Suhail bin Amru ketikamana dia menjadi tawanan di Medan Badar “Semoga suatu saat dia akan dapat mengambil sikap yang benar (dalam situasi yang genting) yang tidak akan kamu cela!”(Ibn Hisyam-Sirah An-Nabawiyyah 2/649)
.
Sedutan daripada Kitab Bidayah Wa An-Nihayah (Khulafa Ar-Rasyidin) Terbitan Crecsent News – Al Hafiz Imam Ibn Katsir
Comments
Post a Comment