Armada Laut Pertama Islam
Baru setahun jagung tapi power !
Itulah ungkapan yang selayaknya untuk angkatan armada Islam yang pertama.Armada Islam ini dicadangkan oleh seorang sahabat Nabi SAW iaitu Saidina Muawiyah bin Abu Sufyan RAH.Cadangan ini telah diluluskan oleh Khalifah Saidina Usman RAH.
.
Ancaman bagi kerajaan Islam di persisir pantai Mediterranean iaitu Pulau Cyprus yang menjadi pengkalan armada bagi Tentera Rom
.
Melihat ancaman itu,Saidina Muawiyah RAH mencadangkan agar Pulau Cyprus dibebaskan dan diamankan.Sebuah armada dibentuk di Iskandariah,Mesir.
.
Serangan pertama dilancarkan keatas Pulau Cyprus dan pasukan Muslimin mencapai kemenangan pertama mereka dilautan.Kemenangan ini menjadi ancaman terbesar pasukan Romawi.Manakala di pihak Muslimin pula,Pulau sekitar Cyprus juga diamankan oleh Pasukan Muslimin.Serangan-serangan ini menjadikan pasukan Muslimin sebagai kuasa baharu di lautan Mediterrenean dan menjadi ancaman kepada Ibu Kota Romawi Timur di Konstantinopel.
.
Dan antara pertempuran di lautan yang terkenal pada zaman Saidina Usman RAH ialah Pertempuran Zat Al-Sawary.Pasukan ini dipimpin oleh Abdullah bin Abi Sarh dan pasukan ini berjaya mendapat kemenangan.
Sungguh hebat perjuangan dan besar jasamu wahai sahabat Rasulullah SAW.Disebabkan tuan,Islam tersebar ke seluruh pelusuk alam.
Comments
Post a Comment