Institusi Pendidikan Agama Perintis Pemimpin Muda
Kecoh hari ini dengan isu Undi 18 yang ditangguhkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.Namun,saya tak mahu sentuh perihal tersebut.Namun,sebelum usul undi 18 ini.Telah ada perintis untuk melahirkan pemimpin muda.
“Memadailah untuk mengatakan bahawa semua nilai yang ditegaskan dalam agama, budaya dan adat resam kita akan menjadikan pemimpin itu sentiasa realistik serta praktikal,” Bernama (2 Ogos 2019)
- 𝗧𝘂𝗻 𝗗𝗿 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 -
Institusi yang saya maksudkan itu ialah institusi agama baik dari pondok,tahfiz,sekolah menengah agama dan sekolah agama yang lain.
Mengapa saya nyatakan begitu ?
Didalam usia muda belia pelajar pelajar ini telah mula dilantik menjadi imam untuk memimpin solat.Bukankah itu permulaan yang baik bagi seorang pemimpin.
Mereka juga akan dijadikan rujukan kawan dan rakan sebaya mereka di dalam masyarakat mereka.Di usia belia mereka juga,mereka telah mengorbankan masa muda mereka demi Agama berbanding rakan-rakannya yang lain.
Oleh itu,tidak hairanlah jika ada pemimpin yang berwibawa berasal dari institusi agama atau pondok dan tahfiz.
Cadangan saya kepada pihak berkuasa,bersamalah dengan institusi agama dalam usaha untuk melahirkan pemimpin yang muda dan berwibawa.
Semoga kita semua dirahmati oleh Allah SWT.
Comments
Post a Comment