Pertempuran Badar Al-Kubra
Pertempuran ini dinamakan Badar kerana pertempuran ini berlaku di suatu kawasan atau lembah yang terletak diantara Kota Mekah dan Kota Madinah Al-Munawwarah.Lembah ini juga merupakan kawasan persinggahan kafilah kafilah dagang yang melalui dari selatan Jazirah Arab menuju ke Syam kerana ianya mempunyai sumber air yang dapat dimanfaatkan oleh kafilah yang menyinggahinya.Ianya terletak 130 km dari Kota Madinah.
Dinamakan
pula Al-Kubra (Agung) kerana ianya pertempuran pertama didalam sejarah Ummat
Islam.Di pertempuran inilah keimanan kaum Muslimin diuji dengan bilangan mereka
yang tidak seimbang dan kelengkapan mereka tidak mencukupi atau setara dengan
pasukan Quraish.
Punca
Peperangan
Pertempuran
ini berlaku kerana tindakan kafilah Quraish yang sesuka hati melanggar
perbatasan Kota Madinah Al-Munawwarah yang telah ditetapkan oleh Rasulullah
SAW.Tidak cukup dengan itu,pihak Quraish merampas kesemua harta peninggalan
Kaum Muslimin di Kota Mekah.
Hal ini menyebabkan
Rasulullah SAW bersama pasukannya seramai 313 orang bergerak untuk menghalang
kafilah ini dari pulang melalui jalan Madinah.Perkara ini diketahui oleh Abu
Sufyan bin Harb selaku pemimpin kafilah Quraish ketika itu.Abu Sufyan mengirim
khabar ke Kota Mekah memohon agar dikirim pasukan untuk melindungi kafilah
mereka dari diserang oleh pasukan Muslimin.
Abu Jahal
memimpin pasukan dari Mekah seramai 1000 orang untuk melindungi kafilah Abu
Sufyan bin Harb.Namun,sampai khabar bahawa Abu Sufyan telah berjaya melepasi
sekatan pasukan Muslimin dengan melalui jalan persisiran pantai laut Merah.Hal
itu tidak membuatkan Abu Jahal ingin berundur ke Kota Mekah.Bahkan dia ingin
berhadapan dengan pasukan Muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah SAW.Dia terus
mara ke Badar.
Pasukan Muslimin
tiba di lembah Badar terlebih dahulu daripada pasukan Mekah.Pasukan Muslimin
mula menguasai semua sumber air di kawasan lembah Badar sehingga tidak tersisa
untuk pasukan Quraish.Pasukan Quraish kemudiannya tiba di lembah Badar.
Pertempuran
bermula
Pasukan
Muslimin kini berhadapan dengan pasukan Quraish Mekah di lembah Badar.Pasukan
Muslimin dilihat kalah jumlah dan kelengkapan perang dari pasukan
Quraish.Namun,ianya tidak membuatkan pasukan Muslimin lemah bahkan mereka lebih
bersemangat untuk menghadapi pasukan Quraish.
Pertempuran
bermula dengan dimulai dengan tradisi satu lawan satu.Tiga pahlawan dipilih
dari kedua dua belah pihak.Di Pasukan Muslimin,Sayidina Hamzah bin Abdul
Mutalib,Sayidina Ali bin Abi Talib dan Sayidina Ubaydah Al-Haris telah dipilih
bagi mewakili pasukan Muslimin.Manakala di pihak Quraish Mekah mereka memilih
Utbah ibn Rabiah,Syaibah ibn Rabiah dan Walid ibn Utbah.
Sayidina
Hamzah bin Abdul Mutalib akan berhadapan dengan Syaibah Ibn Rabiah,Sayidina Ali
bin Abi Talib berhadapan dengan Walid bin Utbah dan Sayidina Ubaydah Al-Haris
berhadapan dengan Utbah bin Rabiah.Sayidina Hamzah RAH dan Sayidina Ali KWH
berjaya menewaskan lawannya.Namun,Sayidina Ubaydah Al-Haris mendapat sedikit
kesulitan untuk menewaskan Utbah Ibn Rabiah.
Pertarungan
satu lawan satu menjadi kemenangan moral buat pasukan
Muslimin.Seterusnya,pasukan Quraish maju untuk menyerang pasukan
Muslimin.Pertempuran berlaku dengan begitu sengit sekali.
Satu-persatu
ketua pasukan Quraish ditewaskan oleh pasukan Muslimin dan akhirnya Abu Jahal
ditewaskan oleh dua pemuda Ansar.Moral pasukan Quraish jatuh merudum setelah
kematian Abu Jahal.Maka bertempiaranlah pasukan Quraish Mekah pulang ke Kota
Mekah.
Kemenangan
mutlak telah menjadi milik pasukan Muslimin.Pasukan muslimin menerima korban
seramai 14 orang.Manakala dipihak Quraish jumlah korban seramai 70 orang,70
orang ditawan.Maka demikianlah pertempuran yang dimenangkan pasukan Muslimin
dengan kecekalan Iman serta Taqwa mereka kepada Rasulullah SAW dan Allah Azza
Wa Jalla.Kemenangan pasti akan dikecapi
Rujukan :
Fiqh Sirah –
Sheikh Said Ramadhan Al-Buti
Muhammad Anak Yatim (Sang Yatim - Janji dan Kemenangan yang dijanjikan) – Prof Dr Muhammad Sameh Said
Comments
Post a Comment