Uthmaniyyah dan Turki Muda

Sejak dua menjak ni timbul gelombang politik dari kalangan orang Muda.


Suka saya untuk mengulang kembali kisah Turki Muda dan kesan panjangnya seterusnya meruntuhkan Empayar Uthmaniyyah 

Kisah Turki Muda ni wajar dijadikan pengajaran kepada kita 

Kunjungan Kaisar Wilhelm II ke Istanbul


Ahmed Riza Afendi pencetus idea Turki Muda diikuti dengan tiga orang pemimpin Turki Muda iaitu Enver Pasha,Talaat Pasha dan Djemal Pasha.

Turki Muda ditunggang oleh pihak Barat dan Ahli Politik yang tidak sehaluan dengan Sultan untuk memberontak.Mereka melaungkan sentimen Kemerdekaan,Persaudaraan dan Kesetaraan dalam kempen mereka.Hal ini,menyebabkan anak muda Turki semakin galak untuk melawan Sultan Abdul Hamid II.

Akhirnya,Sultan Abdul Hamid II digulingkan dan mereka mendesak sultan seterusnya agar diluluskan Monarki Berpelembagaan (macam negara kita).Kerajaan berpelembagaan pertama selepas Uthmaniyyah ialah kerajaan CUP

(إتحاد و ترقى جمعيتی)


Tiga Pasha yang mengemudi Kerajaan CUP semasa Pemerintahan Era Konstitusi Kedua

Berlawanan dengan dasar yang diterapkan oleh Sultan Abdul Hamid II iaitu bersifat en Bloc tanpa menyebelahi mana mana blok.

Dan apa hasil dari kerajaan CUP ini ?

Enver Pasha mengumumkan Perang Dunia Pertama dan bersama dengan German dalam blok pakatan Paksi.

Dan semua maklum,Uthmaniyyah tewas telak di Crimea,Gaza dan hampir kehilangan Anatolia dan Istanbul.

Peta Empayar Uthmaniyyah setelah kekalahan di Perang Dunia Pertama

Inilah kesan panjang yang dihadapi Uthmaniyyah yang menyebabkan kejatuhannya disebabkan Pemuda Turki itu sendiri.

Semoga Allah SWT menjaga negara kita dari anasir anasir luar yang ingin menjahamkan negara kita.

Comments

Popular posts from this blog

Reaksi Suhail Bin Amru Melihat Penduduk Mekah Ingin Murtad

Tulaihah Al-Asadi Dari Penentang Jadi Pembela