Perjalanan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi untuk menakluk Al-Quds
Beliau dilahirkan di Tikrit,Iraq.Beliau dikenali
didalam lembaran sejarah sebagai seorang yang menakluk Kota Baitul Muqaddis
setelah penguasaan pasukan Salib disana selama 88 tahun (1099 –
1187).Perjalanan beliau untuk menakluk kembali Al-Quds bukanlah suatu yang
mudah untuk dilakukan.
Ianya memerlukan strategi serta kebijaksanaan didalam
politik mahupun mengatur strategi pertempuran untuk menghadapi musuh.Antara kesukaran
beliau untuk menakluk Al-Quds kembali antaranya kemunculan banyak kerajaan
kecil di sekitar Al-Quds serta ada dikalangan mereka yang bersama pasukan Salib
menentang kerajaan Islam.
Langkah pertama Salahuddin Al-Ayyubi bermula apabila
kemangkatan pakciknya iaitu Asaduddin Syirkuh yang pada ketika itu menjawat
sebagai Wazir Khalifah Fatimiyyah.Bermula dengan perlantikannya sebagai
Wazir,beliau memulakan langkahnya iaitu mengembalikan Akidah Ahlus Sunnah
Wal-Jamaah di bumi Mesir.Tindakannya justeru menimbulkan ketidak puasan hati
dikalangan menteri menteri yang lain yang pada ketika itu umumnya berpegang
dengan Syiah Ismailliyyah.
Timbul gerakan ingin menggulingkan Salahuddin
Ayyubi.Dengan pantas,Salahuddin Ayyubi memecat mereka semua dan menggantikan mereka
dengan menteri yang berpegang dengan Akidah Ahlus-Sunnah Wal Jamaah.Tidak lama
selepas itu,Khalifah Fatimiyyah iaitu Khalifah Al-Adhid mangkat.Dengan
kemangkatan Khalifah Al-Adhid,rasmilah terbubarnya Kekhalifahan Fatimiyyah di
Mesir.
Maka,Salahuddin Ayyubi memulakan langkahnya dengan
menguatkan kembali negara Mesir yang pada ketika itu dibawah
pemerintahannya.Salahuddin Ayyubi kemudiannya mendapatkan sokongan atau
pengesahan daripada Khalifah Abbasiyyah di Baghdad.Hal ini bukan sahaja dapat
mengembalikan Akidah Ahlus Sunnah di Mesir bahkan memulihkan kembali hubungan
Mesir dan Baghdad yang sekian lama bermusuhan.
Salahuddin Al-Ayyubi diabsahkan oleh Khalifah
Abbasiyyah sebagai pemerintah yang sah di Mesir dan memberikan gelaran “Sultan”
kepadanya.Rasmilah gelaran Sultan untuk dirinya dan seterusnya dikenal Sultan
An-Nasir Salahuddin Al-Ayyubi.
Pada awalnya,Sultan Salahuddin Ayyubi telah
melancarkan serangan pertamanya keatas Al-Quds melalui Asqalan.Tetapi,usahanya
itu berjaya digagalkan oleh King Baldwin IV di medan Montsigard.Pertempuran itu
berakhir dengan perjanjian damai diantara Sultan Salahuddin Al-Ayyubi dan King
Baldwin IV (1179).
Semasa perjanjian damai berlangsung,Sultan Salahuddin
Al-Ayyubi mengambil peluang untuk menguatkan lagi penguasaannya di tanah Arab
dengan menguasai kota kota di sekitar Al-Quds.Tidak lama selepas itu,King
Baldwin IV mangkat dan digantikan dengan King Guy Lusignan.Guy Lusignan ini
seorang yang tergopoh gopoh dalam membuat keputusan tidak seperti pendahulunya
King Almaric dan King Baldwin IV.
Bersama dengan penasihatnya iaitu Raynald Chatilion
yang merupakan seorang yang hauskan darah serta kejam terhadap warga
Yahudi,Kristian dan Muslim.Raynald memulakan langkah yang bakal menjatuhkan
kerajaan Salib Jurusalem dengan menyerang jemaah Haji yang melalui daerahnya
Kerak.
Hal ini bukan sahaja mencemar perjanjian damai yang
dimetrai diantara kerajaan Salib dan Mesir malah menghina Rasulullah SAW.Semasa
Raynald menahan jemaah haji,dia berkata bahawa meminta agar Rasulullah SAW
menyelamatkan mereka dari dibunuh oleh mereka dan seterusnya Raynald membunuh
jemaah haji tersebut.
Hal ini telah menimbulkan kemarahan dikalangan Umat
Islam dan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi.Sultan Salahuddin Al-Ayyubi mengumpulkan
bala tentera yang akan menyerang Al-Quds.Pasukan Muslimin bergerak dari Mesir
dan menawan Tabariyyah.Mendengar hal itu,Guy Lusignan mengarahkan pasukan Salib
ke Tabariyyah untuk menawan semula kota itu daripada penguasaan tentera Islam.
Perjalanan ke Tabariyyah amatlah jauh dan memakan
masa.Sehingga bekalan minuman serta makanan telah habis mereka tetap diarahkan
untuk meneruskan perjalanan.Sultan Salahuddin Ayyubi mengetahui hal itu lantas
menyekat segala bekalan air daripada sampai kepada mereka.Keadaan pasukan Salib
yang begitu lemah menguatkan lagi semangat pasukan Muslim untuk mengalahkan
mereka.
Akhirnya,kedua dua pasukan bertemu di suatu tempat
yang bernama Hattin.Pasukan Salib menduduki kawasan Bukit Hattin dan
menempatkan markas tentera mereka disana.Pasukan Muslimin segera melancarkan
serangan keatas pasukan Salib.
Serangan Pasukan Muslimin disambut dengan kemaraan
pasukan Salib.Pertempuran sengit berlaku diantara pihak Muslimin dan
Salib.Keadaan pasukan Salib yang lemah membuatkan mereka tidak berdaya
menghadapi pasukan Muslimin yang pada tika itu lebih kuat dan bertenaga
berbanding mereka.
Pasukan Salib tiada pilihan selain daripada berundur
ke Bukit Hattin.Di puncak Hattin,pasukan Salib menegakkan Palang Salib yang
besar bagi menaikkan semangat mereka.Pasukan Sultan Salahuddin Ayyubi mengepung
bukit itu dan melepaskan anak panah yang bertali arus kearah bukit Hattin.
Serangan demi serangan yang dihadapi pasukan Salib
membuatkan mereka keletihan dan tidak berdaya.Akhirnya,pasukan Muslimin berjaya
mengalahkan pasukan Salib dan menawan King Guy Lusignan serta Raynald
Chatilion.Sultan Salahuddin Ayyubi menjatuhi hukuman bunuh keatas Raynald
diatas kekejamannya dan kejahatannya yang mencemar perjanjian damai serta
membunuh jemaah Haji.Manakala King Guy Lusignan dijatuhi hukuman penjara.
Setelah itu,Sultan Salahuddin Ayyubi bergerak ke arah
Al-Quds untuk menakluknya daripada pasukan Salib.Sultan Salahuddin Ayyubi tiba
di Al-Quds dan memulakan pengepungan penaklukan kota itu.Penaklukan bermula
dengan serangan manjanik kedalam kota yang menyebabkan kebakaran didalam kota pertahan
pasukan Salib.Seterusnya,pasukan pejalan kaki bergerak kearah kota untuk
menawan benteng pertahanan Pasukan Salib.
Serangan demi serangan keatas kota akhirnya membuatkan
pemimpin pasukan Salib berunding dengan Sultan Salahuddin Ayyubi untuk berundur
daripada Al-Quds.Akhirnya pada tahun 1187,Sultan Salahuddin berjaya menakluk
Al-Quds daripada penguasaan Salib selama 88 tahun dan mengembalikan semula
Al-Quds kepada Umat Islam.
Comments
Post a Comment