Perjalanan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi untuk menakluk Al-Quds
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjK1PC_x_MVjxNXJrgPhyixguzAuD88B-smrrdeYXnJzgsgOBu00-F2nJ6LGeJj9kdQ0INmFD3Bw5Q09YPWvdwA410t0pVDICnw0yYIbnHxAInUyqRUFAnaeEMEjyiIqFrkOG-Fia5y7XE/w640-h360/image.png)
Beliau dilahirkan di Tikrit,Iraq.Beliau dikenali didalam lembaran sejarah sebagai seorang yang menakluk Kota Baitul Muqaddis setelah penguasaan pasukan Salib disana selama 88 tahun (1099 – 1187).Perjalanan beliau untuk menakluk kembali Al-Quds bukanlah suatu yang mudah untuk dilakukan. Ianya memerlukan strategi serta kebijaksanaan didalam politik mahupun mengatur strategi pertempuran untuk menghadapi musuh.Antara kesukaran beliau untuk menakluk Al-Quds kembali antaranya kemunculan banyak kerajaan kecil di sekitar Al-Quds serta ada dikalangan mereka yang bersama pasukan Salib menentang kerajaan Islam. Langkah pertama Salahuddin Al-Ayyubi bermula apabila kemangkatan pakciknya iaitu Asaduddin Syirkuh yang pada ketika itu menjawat sebagai Wazir Khalifah Fatimiyyah.Bermula dengan perlantikannya sebagai Wazir,beliau memulakan langkahnya iaitu mengembalikan Akidah Ahlus Sunnah Wal-Jamaah di bumi Mesir.Tindakannya justeru menimbulkan ketidak puasan hati dikalangan menteri ...